Motivasi Hidup .
Wednesday, December 28, 2011 | Wednesday, December 28, 2011 | 0 weird people
Assalamualaikum.
hai, hello .. 
mals nak cakap pnjg2.
k, Farah ada baca blog ni, byk sgt motivasi kt sana, best lah bce article dia.
nanti farah credict kan yep.



UJIAN HANYA PENGUAT JIWA

Kesusahan dan kepayahan yang dilalui dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita pasti melaluinya. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk mengatakan bahawa mereka tidak pernah berdepan dengan kesukaran di dalam hidup.
Anda, saya mahu pun sesiapa yang bergelar manusia wajib untuk menempuh dengan beribu gulungan ombak bahtera kehidupan. Kadangkala kita terolang ke kanan, terkadang teraling pula ke kiri. Dan natijahnya, adakah kita kuat untuk melalui kesemuanya itu? Tepuk dada tanyalah hati anda.
Ya, kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Yang hidup perlu teruskan misinya. Yang sudah berlalu maka biarkanlah ia pergi , usah dikenang lagi. Ungkapan seperti ini sepertinya sudah menjadi kelaziman kepada dunia kita pada hari ini. Dan saya amat sukakan kalimat seperti ini.
Barang yang lepas usah dikenang. Betul? Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua… hidup kita ini sememangnya medan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Adakah kita ini benar-benar kuat, atau adakah kita ini sekadar pelengkap kejadian manusia di muka bumi ini.
Bukankah Tuhan juga ada menyebut di dalam  kitab sucinya, kita ini sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan kejadian. Disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jadi, perlukah untuk kita mencari bukti-bukti lain untuk menjelaskan bahawa kita ini benar-benar ciptaan yang terbaik daripada Maha Pencipta?
Dan apabila kita telah sedia maklum bahawa kitalah sebaik-baik ciptaannya, maka itu kita mesi tunjukkan bahawa kita ini memang berhak untuk dikatakan sebaik-baik makhluk dan kejadian..
Ya, bersedih itu tidak salah, tetapi berlebih-lebih di atas kesedihan, itu yang salahnya. Jadi, tunjukkan kepada dunia, buktikan kepada semua bahawa kitalah sebaik-baik ummat. Kitalah yang berhak untuk menjadi pewaris ummat Muhhamd SAW.
Apa guna memandang cantiknya pakaian orang, kalau pakaian sendiri pun tidak pernah dilihat, sesekali itu lihatlah lebihnya apa ada pada diri kita, mungkin disitu terselit seribu kecantikan yang tidak pernah kita terjangka.
Kita ini hebat, kita juga sebenarnya mampu untuk mendepani setiap ujian daripada DIA, jadi mengapa mesti mudah mengalah, percayalah pada diri sendiri, anda pasti berjaya.

Dah baca kan, so, apa yang Farah nak katalah.
Mungkin ada yang kata, 
"Kenapalah, tuhan timpakan sesuatu ni untuk aku"
hah, Allah melakukan sesuatu tu ada sebab, ada hikmah, apa yang lepas kita harus jadikan pengajaran 
right?
dan, entry Farah pasal islam murtad tu , Farah sangat yakin bhawa kejadian itu untuk kuatkan iman sebagai umat islam.
ingat , Islam akan menang suatu saat nanti!
kebenaran akan menang kan :)




Hi Oulls . Anda sedang melangkah kea my story morry . Please be nice oky ? Much love , Saranghae .

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Assalamualaikum . Hi , its me Farah . Daughter of Husaini and Faridah . My mom give birth to me on 7 sep 97 . And i am Spm Candidates 2014 .